Semangat Untuk Terus Beristiqamah

Semalam, perbualan aku dengan seorang sahabat usrah.

Mira: Awak, esok sambutan Maulidur Rasul awak pergi surau dengan apa?
Nadia: Saya naik motor kot.
Mira: Hmmm, saya takda kawan nak pergi sana. (Sebab aku pikir aku kena jalan kaki pegi surau, petang tu takda masalah aku nak jalan. Masalahnya sekarang malam tu aku nak balik pukul 10.30pm dengan apa? Jauh kot. Ada lah dalam 15 minit berjalan, malam-malam jalan seorang kau tak rasa bahaya ke?)

Lepas habis solat jemaah apa semua, Nadia cakap, "Mira, esok pergi ye." Allah. Perasaan tu aku tak tahu nak cakap macam mana. *memang aku dah give up nak join sambutan tu* Balik dari tazkirah malam tu, aku terus pm Izzat (incharge kolej kediaman aku yang jugak merupakan rakan sekelas aku), alhamdulillah Izzat cakap ada bas disediakan.

Berbalik pada cerita tadi, sebenarnya Nadia ni kawan sekelas aku cuma kami tak rapat sangat sebab dia solehah, aku ni pulak dulu penari. Siapa je nak berkawan dengan orang tak betul macam aku ni. Masa mula-mula aku join jadi ahli surau, aku malu sikit. Rasa kerdil sangat. Takda siapa pun tahu siapa aku, yang tahu hanya Nadia, Haziqah dan beberapa orang muslimin budak kelas aku jugak. Masa aku berjoget atas stage awal-awal masuk uni, aku nampak Nadia perhati je aku dari jauh. Masa tu aku rasa malu sebab aku sedar aku dah buat dosa tapi aku buat jugak. Ada satu hari tu, aku berbisik pada Nadia pasal aku nak beli handsock lah apa lah sebab yelah dulu kan aku tak berapa betul, nak tahu jugak barang yang dia selalu pakai beli dekat mana sambil berkata, "Mira kan dulu tak berapa betul. 😔" Nadia menjawab, "Takpe Mira, slow slow." Allahu, dia bagi aku semangat.

Setiap kali bila aku rasa macam down je, rasa macam tak boleh nak teruskan istiqamah cepat-cepat aku dekatkan diri aku dengan Allah. Aku cari kawan yang soleh. Walaupun aku tak mintak nasihat, tak mintak semangat tapi bila duduk dengan mereka je aku rasa alhamdulillah tenang.