Hijrah

Nak buat sesuatu kena ada niat. Sama lah dengan berhijrah. Perbetulkan niat awak tu, awak berhijrah sebab apa? Sebab nak kahwin dengan ustaz atau nak mendapat keredhaan Allah? Ya, awak dapat penghijrahan itu kalau awak berniat sebab bila kahwin dengan ustaz nanti awak nak jaga maruah dia. Dapat penghijrahan tu tapi dapat tak keredhaan Allah? Betulkan niat tu dulu.

Aku sebelum ni pun tak berapa betul sangat, lepas aku pasang niat nak berubah, macam-macam aku lalui. Terasa jugak sebenarnya bila tersempak dengan kawan, kawan cakap, "/@*#*€%¥$@" (aib aku). Rasa sedih, rasa nak marah, rasa malu tu hanya Allah je yang tahu. Aku maafkan mereka sebab mereka tak tahu bahawa aku dah tinggalkan semua tu.

Aku pernah baca satu buku ni, bila nak berhijrah memang akan lalui macam-macam. Mula-mula diri kita dah okey, dah boleh istiqamah tapi sebab mulut manusia tetiba kita boleh jadi balik seperti dulu. Jaga-jaga.

Masa aku menghadiri usrah dekat kolej aku ni, ada seorang sahabat berkongsi, "Bila kau dah berhijrah, kau akan nampak segelintir manusia yang macam kau masa dulu. Masa tu kau janganlah riak, janganlah pandang hina dekat dia sebaliknya berdoalah agar dia mendapat hidayah."

Aku tahu ada ramai yang nak berhijrah tapi takut, takut tak istiqamah. Sebab takut nanti kalau kau berubah sekerat jalan, lepas tu manusia sekeliling menghina. Jangan, jangan begitu. Kau dekatkan diri kau dengan Allah, letakkan kepercayaan sepenuhnya pada Allah.

رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ اَنْتَ الْوَهَّابُ 🌹

Teruskan Beristiqamah

Sebelum ni kau hisap rokok sehingga kau bertemu dengan seorang sahabat (wanita), dia menasihati kau sampailah kau berubah perlahan-lahan.

Masa kau dalam proses perubahan, kau putus kawan dengan dia sebab salah seorang dah jatuh hati.

Lepas beberapa bulan, kau cari balik sahabat kau sebab kau rindukan dia, nak tanya khabar diri dia tapi masa tu dia cakap "Tak perlu tahu lah pasal saya." "Awak teruskan lah dengan merokok tu."

Allah, kenapa dia cakap macam tu walhal kau dah tak merokok sejak dia menasihati kau. Kau berhenti, kau tinggal semua tu.

Susah kan bila sesuatu yang payah tapi kita usaha jugak untuk tinggalkan. Bila dia cakap macam tu, kecewa tak? Terhiris tak perasaan tu? Rasa tercabar kan? Ada rasa nak merokok balik kan? Perasaan bercampur baur.

Fikir balik macam mana kau istiqamah sampai kau boleh berubah sampai sekarang ni takkan sebab mulut orang kau nak give up?

Pedih, sakit, semua tu ada apatah lagi keluar dari mulut orang yang menasihatkan kau, kalau orang lain tak kisah sangat, ini orang yang bagi semangat dekat kau dulu yang cakap macam tu.

Pujuk hati, pujuk diri. Sedih memang sedih tapi bersabarlah dan terus tersenyum.

Perlu ke try hard?

What people said, "Kalau dia ikhlas dengan kau, dia akan ada dengan kau. Stay dengan kau. Setia dengan kau."  Itu kalau dia ikhlas. Kalau dia tak pasti? Jadi sebaliknya lah kan? Kadang-kadang aku berfikir perlu ke kita letak effort yang banyak untuk dia, kita buat segalanya untuk dia supaya dia stay dengan kita. Bila difikirkan balik, kalau dia dah sayang, kita tak buat semua tu pun dia still ada dengan kita. Kau bayangkan, kalau semua effort kau dah tunjuk tapi dia langsung tak hiraukan. Siapa sakit? Kau ke dia? Ye, at least kita berusaha. Betul lah tu. Tapi buat apa kau nak try hard dekat seseorang yang kau sendiri pun tak pasti jodoh kau ke tak. Aku cakap berdasarkan observation aku. Aku sendiri pun tak berpengalaman. Susah lah kalau bercinta ni terlebih sayang, nanti kalau tak jadi kita yang sakit. Renungkanlah.

Tajamnya Lidah Manusia

People, sometimes diorang tak faham kehidupan kita, cara kita and everything about us. Bagi mereka, rumah kita besar, kita kaya. Kereta kita banyak, kita kaya.

Sekarang bukan aku nak cerita pasal kaya ke tak kaya. Sekarang aku nak cerita pasal sikap manusia. Dalam dunia yang serba canggih dan moden zaman kini apakah yang lebih tajam daripada pedang? Semua orang tahu bahawa jawapannya adalah lidah manusia lebih tajam. Tersalah cakap sikit buruk padahnya. Tersalah cakap sikit, ada yang sakit hati. Tersalah cakap sikit ada yang berdendam. Sebab tu orang kata, kalau marah, diam.

Aku sentiasa berjaga-jaga dalam tutur bicara aku kerana aku takut sekiranya ada yang terasa dengan aku. Tapi kenapa ada je yang tak pandai menjaga kata-kata dengan aku? Maaf? Kemaafan tidak menyelesaikan segalanya. Sekali hati terluka, kau ingat senang ke nak rawat? Aku tak mintak kau guna bahasa baku, bahasa diraja, atau bahasa formal. Cukuplah segala kata-kata yang dilontarkan bertapis. Aku bukannya budak-budak yang tak reti bahasa.

Dah nama pun manusia mesti ada je yang berbagai jenis perangai. Dalam berjenis-jenis perangai tu, mulut murai yang paling bahaya dan paling aku tak suka. Aku tak cakap aku perfect, aku pun ada kekurangan diri. Sekurangnya aku tak cakap pasal orang. Buat apa kita nak sibuk hal orang? Dah macam tak ada life je. Tak kisah lah kebaikan atau keburukan aku tetap tak suka orang cerita tentang aku dekat orang lain dan aku tak suka dengar pasal orang lain sebab tu aku selalu amalkan sikap masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Tak mendatangkan faedah langsung.

Dengan itu, berhati-hati lah ketika berbicara. Bagus sebenarnya straight to the point tapi kena tengok orang jugak lah. Kau rasa dia ni boleh ke terima apa yang kau nak cakap, ke dia ni jenis pendam? Bahaya tau kalau dia memendam. Silap-silap dia terasa hati dan tak maafkan kau sampai mati. Fikir dulu sebelum bertindak. Ada masanya kita kena menjaga percakapan dengan orang sebab kita tak tahu dia terasa dengan kita ke, berdendam ke. Terlanjak perahu boleh diundur, terlajak kata? Buruk padahnya. Renungkanlah.

Dah move on ke?

Bukan keras hati. Bukan taknak buka pintu hati kat sesiapa. Cuma, bila ada orang bagi perhatian tetiba muncul dalam fikiran ayat ni, "Kau nak kecewa lagi ke?"

Perempuan memang perlukan perhatian. Lelaki pulak suka memberi perhatian tapi mereka tak maksudkan pun. Hanya prihatin. Tapi kita perempuan mudah sangat perasan. Fikir dan fikir. Sampai bila nak sakit? Sampai bila nak kecewa?

Dulu boleh lah pujuk bf tanya bf kenapa buat kita macam ni. Kenapa layan kita macam ni. Sebelum ni boleh je luangkan masa, kenapa sekarang dah tak boleh? Kenapa sekarang dah lain? Kenapa dah berubah? Tanya panjang-panjang tapi jawab pendek-pendek. Paling sakit dia buat tak endah. Pernah? Pernah pujuk macam tu?

Berharap bagai bulan jatuh ke riba. Memang tak lah! Bila kita dah okay, dah boleh terima semua ni, lantak kau lah nak cari aku balik ke, nak tinggal aku ke, nak datang dan pergi ke, suka hati kau lah. Lama-lama dah tak kisah, dah lali.

Jauh lagi perjalanan hidup. Kita ikut flow. Ada, ada. Tak ada, tunggu. Tunggu yang sebetulnya datang. Sementara tunggu tu buat lah apa yang patut dulu. Berbakti pada ibu bapa ke, tumpukan pada pelajaran ke, buat jelah apa pun.