operated KATAK :D

Chapter 7 : RESPIRATION [BIOLOGY]

Today, our class which is 4 SCIENCE class have done our frog experiment. Ai cey cey cey, speaking pula ehh kau Mira :p
tak ada photo yang bole diuploadkan sebab tak ada seorang pelajar pun dibenarkan membawa camera :(

Selepas rehat, kami masuk MAKMAL BIOLOGY. Sebab waktu tuh memang waktu pelajaran Bio pun. At first, Mira lagak berani kerana teman teman Mira yang perempuan semua macam takut. Especially Annie. Dia memang takut gila lah. Tak salah Mira kan, rakan Mira yang lelaki ni pun geli dengan katak. Emm. Entah lah ehh. Katak yang dibawa oleh Hao Yi, walaweyhhh, besarnya A+ lahh. Katak yang Joon Tian belikan ada macam macam size. Oke. Straight to the point ya .

Kami semua dah pakai glove. Action macam doktor. Pn.Rozita (cikgu Bio kami) kata siapa yang pakai glove wajib pegang katak. Oke. No hal. Masa Pn.Rozita suruh ubah katak tuh dalam bekas kaca besar, tak ada seorang pun berani. Lastly, Pn.Rozita yang buat semua tuh. Selepas tuh, Pn.Rozita letak Chloroform dalam bekas kaca tuh agar katak katak di dalam bekas itu akan pengsan. Dalam kiraan 10 sahaja semua katak itu pengsan. Joon Tian angkat katak bagi pada kami. Cehh. Katak yang dia bagi punyalah kecik. Bagi lah besar sikit. Huhh.

Mira hanya angkat, pegang, tengok katak itu saja. Selepas kami buka skin katak tuh. Nampak isinya, awwwww seksi! Lepas tuh kami belah dada katak tuh, haaaa. Kan dah nampak its LUNG, HEART, LIVER, GALL, STOMACH lagi apatah tak ingat. Katak yang kami operate tuh katak jantan sebab tak ada telur. Itu bermakna dia tak hamil. Choyyyyyy. Katak besar Hao Yi ada SIX PADS. Whooo. Mengancam kot. Tapi tak seksi sebab badan besar.

Group yang first done ialah group Yugesh, haha. Sakai lah diaorang. Ada ke patut bawa katak tuh pergi tunjuk pada budak AKAUN di bilik multimedia. Tak ada rasa segan langsung. Diaorang pergi dalam 15 minit macam tuh lah. Sementara itu, Mira tinggalkan rakan Mira operate katak seksi tuh bersama rakan satu lagi. Mira pergi tengok katak yang Joon Tian dan Ian operate. Diaorang ni lagi gila, Pn.Rozita kata operate badan saja, diaorang ni pi operate semua. Sampai otak pun diaorang pulun nak cari. Lidah katak pun jadi experiment juga.

Selepas selesai semua group operate, apa lagi kan? Cuci lah apparatus tuh. Nak suruh cikgu cuci? Sekolah bapak kami kot. Mira cuci tray saja. Sebab itu yang Mira sentuh. Forceps, Scissor, Knife Mira tak cuci pun sebab Mira tak sentuh. Uhh. Berkira :p Selepas Mira cuci, Mira duduk lah dekat place Mira , duduk termenung kot? Haha. Selepas 2 minit termenung, Joon Tian panggil pula, ishhh kacau lahh. Katanya Razman yang panggil, suruh Mira cuci apparatus rakan rakan yang malas nak cuci. Nak tunjuk baik sikit, Mira pun cuci tanpa sepatah kata. Cuci punya cuci, siap!

Sepanjang kami buat experiment hari ini, memang riuh satu makmal. Opps! Bukan hari ini saja, setiap hari begini. Riuh satu kelas dibuatnya. Cikgu masuk pening kepala. Mira pun bole jadi gila. Apa apa pun Mira bersyukur sebab dapat masuk kelas ni. Bahagianya hidup Mira di kelas ini.

No comments:

Post a Comment